Featured Article
Thursday, 2 August 2012
Program Sumbangan Ramadhan oleh IRM
LAPORAN PROGRAM
KEBAJIKAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Pengenalan
Bagi tahun kedua, Islamic
Relief Malaysia telah mengulurkan bantuan sambutan ramadhan berbentuk
makanan kepada kaum miskin diseluruh Malaysia. Untuk kawasan Seberang
Perai Selatan pihak IRM telah memperuntukkan sebanyak 50 kotak. Ahli
Jawtankuasa Pertubuhan Ikram Malaysia cawangan SPS telah bermesyuarat
dan telah mengenal pasti penduduk miskin kariah Masjid Jamek Kampung
Kepala Gajah untuk menerima sumbangan IRM. AJK terdiri oleh En Abdul
Razak dan Dr Roslan Ahmad telah berjumpa dengan pengerusi masjid
untuk membincang dan telah menetapkan 15 Julai 2012 sebagai tarikh
untuk program tersebut.
Lokasi Masjid
Lokasi Masji Jamek Kampung Kepala Gajah
Majis Sumbangan
Ramadhan Islamic Relief Malaysia
Majlis sumbangan Ramadhan
IRM kepada penduduk miskin kariah Masjid Kampung Kepala Gajah dianjur
bersama oleh Islamic Relief Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia
Cawangan SPS dan Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah.
Penduduk kariah masjid
yang telah dikenal pasti oleh pihak masjid adalah di kalangan ibu
tunggal dan orang miskin yang menerima bantuan PPRT. Walau pun pada
hari tersebut hujan renyai-renyai, seramai 50 orang penerima
sumbangan telah berhimpun di ruang legar masjid pada jam 5.00 petang
selepas solat fardhu asar
Program bermula dengan
ucapan pengerusi majlis dan diikuti oleh Pengerusi Masjid Jamek
kampung Kepala Gajah yang terharu dengan sumbangan daripada IRM dan
Ikram. YDP Ikram SPS telah memberi ucapan menerangkan objektif IRM
dalam membantu penduduk miskin di Malaysia. Beliau juga menyampaikan
salam daripada pihak Islamic Relief Malaysia yang tidak dapat bersama
pada hari itu kerana pertembungan dengan program yang sama di tempat
lain.
Pihak masjid kemudiannya
memanggil nama setiap penduduk yang telah dikenal pasti untuk
menerima sumbangan daripada IRM yang disampaikan oleh YDP Ikram SPS.
Program tamat pada jam 6.15 petang.
YDP Ikram SPS( kiri)
bersama AJK Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah (Pengerusi ditengah)
Ibu tunggal dan penduduk
miskin berhimpun di ruang legar masjid sebelum majlis bermula.
Ucapan pengerusi majlis
Ucapan pengerusi Masjid
Jamek Kampung Kepala Gajah
Ucapan YDP Ikram SPS
Ibu tunggal menerima
sumbangan IRM yang disampaikan oleh YDP Ikram SPS
Penduduk miskin menerima
sumbangan IRM
Laporan disediakan oleh Dr Zainal Alimuddin bin
Zainal Alauddin
Wednesday, 1 August 2012
Ini Sungguh Kool!! (ISK) Ikram SPS 2012
Program
: Ini Sejarah Kita
Tarikh
: 15hb Julai 2012
Tempat
: Makmal URRG, Taman Pekaka.
Program
Ini Sejarah Kita (ISK) ini adalah yang pertama dijalankan di SPS.
Program ini dihadiri seramai 22 orang yang terdiri daripada akhawat
di Seberang Perai Selatan (10 orang), Institut Perguruan Pulau Pinang
(6 orang) dan selebihnya adalah akhawat daripada negeri Kedah. ISK
ini disampaikan oleh tiga penyampai, Khairunnisa Mohd Yusof, Nadiah
bt Mansor dan Hanani b. Yazi. Mereka merupakan pelajar Malaysia yang
menuntut di luar Negara dan pulang bercuti pada musim panas di
Malaysia.
Program
ini bermula jam 9.30 pagi dengan peserta bersarapan bersama. Jam
10.00 pagi penyampai tiba di tempat program dan program dimulakan
dengan sesi pembukaan dan ‘compas setting’ oleh Norilmi Amilia
Ismail supaya peserta jelas dengan tujuan mereka berada di dalam
program ini. Program diteruskan dengan penyampaian Muqaddimah ISK
yang disampaikan oleh Hanani bt Yazi sehingga jam 11 pagi. Sesi
seterusnya disambung oleh Nadiah bt Mansor yang menyampaikan tajuk
Islam di era Mekah, Madinah, 4 khalifah, Empayar Ummayah dan Empayar
Abbasiyah. Di sepanjang program, penyampaian diselang selikan dengan
tayangan video yang berkaitan.
Peserta
berehat untuk solat dan makan tengahari daripada pukul 1.00 hingga
2.00 petang. Seterusnya,ISK disambung dengan tajuk Zaman kejatuhan
Islam oleh Khairunnisa Mohd Yusof. Bengkel pendek selama 5 minit
telah dijalankan juga untuk membincangkan sebarang isu yang tidak
difahami ketika penyampaian. Slot terakhir ISK iaitu Ini peranan kita
dijalankan pada pukul 4 pm dan berakhir pukul 5.00 pm. Peserta
bersurai meninggalkan makmal URRG pada lebih kurang jam 5.30 petang.
Laporan disediakan oleh Dr Norilmi.
Peserta Daurah ISK akhawat bersama barisan penceramah jemputan.
Wednesday, 11 July 2012
Zero alasan
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju....
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu, Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Saturday, 30 June 2012
Biodata Dr Muhammad Morsi - presiden yang digeruni Israel
Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.
Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
--------------------------------------------------------------------------
Dakwah dan Politik
Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.
Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
---------------------------------------------------------------------------
Penjara dan Penangkapan
Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.
Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.
Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.
Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.
Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.
Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah. -locengwangsa
Peristiwa Hebat di Medan Tahrir
Ucapan Presiden : Dr. Muhammad Mursi
"Aku sangat yakin dengan kelebihan (kurniaan) Allah, kemudian aku yakin dengan kamu samua. Aku tidak takut melainkan kepada Allah, setelah itu aku bekerja untuk kamu dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, aku datang pada hari ini untuk bertemu rakyat Mesir setelaha aku mendapat kepercayaan dan dipertanggungjawabkan dengan amanah. Aku datang untuk memperbaharui janji dengan kamu semua.
Aku ingatkan kamu semua, bahawa kamulah tujuan yang menjadi tempat untuk aku mulakan segalanya, setelah pertolongan Allah yang menyokongnya. Adakah kamu sudah bersedia? Adakah kamu bersama aku sehingga akhir bagi mendapatkan kembali hak-hak kita dan hak-hak kamu? Ini segalanya adalah kehendak kamu , setelah ia juga merupakan kehendak Allah.
*(Ketika berucap beliau membuka kodnya menandakan dia tidak memakai baju kalis peluru)
sumber: fb
Thursday, 28 June 2012
Kisah Pengembala Kibas
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang termasyhur kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.
Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.
Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, iaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).
Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita:
"Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serderhana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!"
"Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut."
"Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset."
"Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah! "
"Keesokan harinya, ke semua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud! "
Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.
Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud : "Janganlah engkau semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa." (An-Najm : 32)
"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur,sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah LuQman)
Percayalah, sesungguhnya Allah menyayangimu..
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?
Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah,
tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.
Sesungguhnya Allah menyayangimu
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.
Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

Subscribe to:
Posts (Atom)
Aktiviti Terkini
25 Okt 2013
Jalan-jalan buka minda
Usrah ikhwah shj
Dataran Queensbay
9 mlm
3 Nov 2013
Boling akhawat
Mega Lanes Bowling Centre
10 pg
Jalan-jalan buka minda
Usrah ikhwah shj
Dataran Queensbay
9 mlm
3 Nov 2013
Boling akhawat
Mega Lanes Bowling Centre
10 pg
Save Syria
Syria is calling!
Fikir dan zikir
“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya."
Powered by Blogger.