Featured Article

Thursday 2 August 2012

Imam Muda Gaza di Taman Ilmu, Nibong Tebal


Program Sumbangan Ramadhan oleh IRM


LAPORAN PROGRAM KEBAJIKAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Pengenalan
Bagi tahun kedua, Islamic Relief Malaysia telah mengulurkan bantuan sambutan ramadhan berbentuk makanan kepada kaum miskin diseluruh Malaysia. Untuk kawasan Seberang Perai Selatan pihak IRM telah memperuntukkan sebanyak 50 kotak. Ahli Jawtankuasa Pertubuhan Ikram Malaysia cawangan SPS telah bermesyuarat dan telah mengenal pasti penduduk miskin kariah Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah untuk menerima sumbangan IRM. AJK terdiri oleh En Abdul Razak dan Dr Roslan Ahmad telah berjumpa dengan pengerusi masjid untuk membincang dan telah menetapkan 15 Julai 2012 sebagai tarikh untuk program tersebut.
Lokasi Masjid

Lokasi Masji Jamek Kampung Kepala Gajah

 
Majis Sumbangan Ramadhan Islamic Relief Malaysia
Majlis sumbangan Ramadhan IRM kepada penduduk miskin kariah Masjid Kampung Kepala Gajah dianjur bersama oleh Islamic Relief Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia Cawangan SPS dan Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah.
Penduduk kariah masjid yang telah dikenal pasti oleh pihak masjid adalah di kalangan ibu tunggal dan orang miskin yang menerima bantuan PPRT. Walau pun pada hari tersebut hujan renyai-renyai, seramai 50 orang penerima sumbangan telah berhimpun di ruang legar masjid pada jam 5.00 petang selepas solat fardhu asar
Program bermula dengan ucapan pengerusi majlis dan diikuti oleh Pengerusi Masjid Jamek kampung Kepala Gajah yang terharu dengan sumbangan daripada IRM dan Ikram. YDP Ikram SPS telah memberi ucapan menerangkan objektif IRM dalam membantu penduduk miskin di Malaysia. Beliau juga menyampaikan salam daripada pihak Islamic Relief Malaysia yang tidak dapat bersama pada hari itu kerana pertembungan dengan program yang sama di tempat lain.
Pihak masjid kemudiannya memanggil nama setiap penduduk yang telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan daripada IRM yang disampaikan oleh YDP Ikram SPS. Program tamat pada jam 6.15 petang. 

YDP Ikram SPS( kiri) bersama AJK Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah (Pengerusi ditengah)

Ibu tunggal dan penduduk miskin berhimpun di ruang legar masjid sebelum majlis bermula.

Ucapan pengerusi majlis

Ucapan pengerusi Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah

Ucapan YDP Ikram SPS

 
Ibu tunggal menerima sumbangan IRM yang disampaikan oleh YDP Ikram SPS
Penduduk miskin menerima sumbangan IRM 

Laporan disediakan oleh Dr Zainal Alimuddin bin Zainal Alauddin

Wednesday 1 August 2012

Ini Sungguh Kool!! (ISK) Ikram SPS 2012


Program : Ini Sejarah Kita
Tarikh : 15hb Julai 2012
Tempat : Makmal URRG, Taman Pekaka.

Program Ini Sejarah Kita (ISK) ini adalah yang pertama dijalankan di SPS. Program ini dihadiri seramai 22 orang yang terdiri daripada akhawat di Seberang Perai Selatan (10 orang), Institut Perguruan Pulau Pinang (6 orang) dan selebihnya adalah akhawat daripada negeri Kedah. ISK ini disampaikan oleh tiga penyampai, Khairunnisa Mohd Yusof, Nadiah bt Mansor dan Hanani b. Yazi. Mereka merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di luar Negara dan pulang bercuti pada musim panas di Malaysia.
Program ini bermula jam 9.30 pagi dengan peserta bersarapan bersama. Jam 10.00 pagi penyampai tiba di tempat program dan program dimulakan dengan sesi pembukaan dan ‘compas setting’ oleh Norilmi Amilia Ismail supaya peserta jelas dengan tujuan mereka berada di dalam program ini. Program diteruskan dengan penyampaian Muqaddimah ISK yang disampaikan oleh Hanani bt Yazi sehingga jam 11 pagi. Sesi seterusnya disambung oleh Nadiah bt Mansor yang menyampaikan tajuk Islam di era Mekah, Madinah, 4 khalifah, Empayar Ummayah dan Empayar Abbasiyah. Di sepanjang program, penyampaian diselang selikan dengan tayangan video yang berkaitan.
Peserta berehat untuk solat dan makan tengahari daripada pukul 1.00 hingga 2.00 petang. Seterusnya,ISK disambung dengan tajuk Zaman kejatuhan Islam oleh Khairunnisa Mohd Yusof. Bengkel pendek selama 5 minit telah dijalankan juga untuk membincangkan sebarang isu yang tidak difahami ketika penyampaian. Slot terakhir ISK iaitu Ini peranan kita dijalankan pada pukul 4 pm dan berakhir pukul 5.00 pm. Peserta bersurai meninggalkan makmal URRG pada lebih kurang jam 5.30 petang.

Laporan disediakan oleh Dr Norilmi.

Peserta Daurah ISK akhawat bersama barisan penceramah jemputan.

Aktiviti Terkini

25 Okt 2013
Jalan-jalan buka minda
Usrah ikhwah shj
Dataran Queensbay
9 mlm

3 Nov 2013
Boling akhawat
Mega Lanes Bowling Centre
10 pg

Save Syria

Syria is calling!

Fikir dan zikir

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya."
Powered by Blogger.

Search