Tarikh: 02 Mac 2013
Tempat: Masjid Seri Ampangan, Nibong
Tebal
Penceramah: Dr Muhammad Sirri Ammar
Kehadiran: 36 peserta
Objektif:
Perjalanan Majlis:
Pertubuhan IKRAM SPS telah mengadakan
satu daurah yang dihadiri seramai 36 orang ahli IKRAM dan rakan IKRAM
di sekitar SPS. Selain melengkapkan ahli IKRAM dengan pengisian yang
bermanfaat, program ini juga bertujuan sebagai proses pengenalan
pertubuhan IKRAM dan institusi usrah kepada rakan IKRAM secara tidak
langsung.
Daurah dimulakan dengan sesi
pendaftaran seawal jam 8.30 pagi, diikuti dengan bacaan doa dan
AlQuran oleh saudara Nuáim Siddiqi Daniel.
Program daurah dimulakan sekitar jam 9.15 pagi. Program dibahagikan
kepada dua slot. Slot pertama bermula pada jam 9.15 pagi, rehat pada
jam 10.30 pagi dan diikuti dengan slot kedua yang bermula pada jam
11.00 pagi.
Daurah bermula dengan penceramah
memberi penekanan sedikit sebanyak kepada sejarah bermula dengan
peranan yang dimainkan oleh para sahabat sehingga kepada para
ulama’sekarang dalam fasa selepas kejatuhan khalifah Islam pada
1924. Objektif perkongsian ini adalah untuk menyemai kembali
tanggungjawab setiap individu muslim dalam memainkan peranan sebagai
seorang daie dalam masyarakat. Penekanan dibuat dalam aspek akhlak
dengan mengambil kira kepada situasi masyarakat Islam Malaysia
sekarang yang tidak begitu mencerminkan kepada ajaran Islam yang
sebenar.
Penceramah membawa para peserta untuk
memahami konsep syahadah yang sebenar dengan beberapa analogi yang
lebih relevan dan mudah difahami oleh para peserta. Beberapa
perkongsian dengan realiti masyarakat khususnya di Pulau Pinang turut
dikongsi oleh penceramah melalui pengalamnnya sebagai seorang doktor
perubatan. Sesi soal jawab diteruskan dengan beberapa soalan yang
telah diutarakan oleh saudara Nuáim Siddiqi Daniel.
Antara maklum balas yang diterima oleh
peserta ialah tentang komunikasi dua hala dan pengurusan masa yang
perlu ditingkatkan. Secara keseluruhannya, para peserta member komen
positif terhadap isi daurah yang telah dikongsikan oleh penceramah.