Tuesday 22 October 2013

LAPORAN DAURAH SHAHADATUL HAQ DAERAH SPS


Tarikh: 02 Mac 2013
Tempat: Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal
Penceramah: Dr Muhammad Sirri Ammar
Kehadiran: 36 peserta
Objektif:
  • Proses pengenalan (tajmik) kepada institusi usrah kepada 4 orang peserta yang berminat
  • Mengeratkan silaturrahim di antara peserta terutamanya bagi yang sudah mengikuti usrah M00

Perjalanan Majlis:

Pertubuhan IKRAM SPS telah mengadakan satu daurah yang dihadiri seramai 36 orang ahli IKRAM dan rakan IKRAM di sekitar SPS. Selain melengkapkan ahli IKRAM dengan pengisian yang bermanfaat, program ini juga bertujuan sebagai proses pengenalan pertubuhan IKRAM dan institusi usrah kepada rakan IKRAM secara tidak langsung.

Daurah dimulakan dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi, diikuti dengan bacaan doa dan AlQuran oleh saudara Nuáim Siddiqi Daniel. Program daurah dimulakan sekitar jam 9.15 pagi. Program dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama bermula pada jam 9.15 pagi, rehat pada jam 10.30 pagi dan diikuti dengan slot kedua yang bermula pada jam 11.00 pagi.

Daurah bermula dengan penceramah memberi penekanan sedikit sebanyak kepada sejarah bermula dengan peranan yang dimainkan oleh para sahabat sehingga kepada para ulama’sekarang dalam fasa selepas kejatuhan khalifah Islam pada 1924. Objektif perkongsian ini adalah untuk menyemai kembali tanggungjawab setiap individu muslim dalam memainkan peranan sebagai seorang daie dalam masyarakat. Penekanan dibuat dalam aspek akhlak dengan mengambil kira kepada situasi masyarakat Islam Malaysia sekarang yang tidak begitu mencerminkan kepada ajaran Islam yang sebenar.

Penceramah membawa para peserta untuk memahami konsep syahadah yang sebenar dengan beberapa analogi yang lebih relevan dan mudah difahami oleh para peserta. Beberapa perkongsian dengan realiti masyarakat khususnya di Pulau Pinang turut dikongsi oleh penceramah melalui pengalamnnya sebagai seorang doktor perubatan. Sesi soal jawab diteruskan dengan beberapa soalan yang telah diutarakan oleh saudara Nuáim Siddiqi Daniel.

Antara maklum balas yang diterima oleh peserta ialah tentang komunikasi dua hala dan pengurusan masa yang perlu ditingkatkan. Secara keseluruhannya, para peserta member komen positif terhadap isi daurah yang telah dikongsikan oleh penceramah.











0 comments:

Post a Comment