Featured Article

Saturday 30 June 2012

Biodata Dr Muhammad Morsi - presiden yang digeruni Israel


Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.

Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
--------------------------------------------------------------------------
Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
---------------------------------------------------------------------------
Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.

Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah. -locengwangsa

Peristiwa Hebat di Medan Tahrir

Ucapan Presiden : Dr. Muhammad Mursi

"Aku sangat yakin dengan kelebihan (kurniaan) Allah, kemudian aku yakin dengan kamu samua. Aku tidak takut melainkan kepada Allah, setelah itu aku bekerja untuk kamu dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, aku datang pada hari ini untuk bertemu rakyat Mesir setelaha aku mendapat kepercayaan dan dipertanggungjawabkan dengan amanah. Aku datang untuk memperbaharui janji dengan kamu semua.

Aku ingatkan kamu semua, bahawa kamulah tujuan yang menjadi tempat untuk aku mulakan segalanya, setelah pertolongan Allah yang menyokongnya. Adakah kamu sudah bersedia? Adakah kamu bersama aku sehingga akhir bagi mendapatkan kembali hak-hak kita dan hak-hak kamu? Ini segalanya adalah kehendak kamu , setelah ia juga merupakan kehendak Allah.

*(Ketika berucap beliau membuka kodnya menandakan dia tidak memakai baju kalis peluru)


sumber: fb

Thursday 28 June 2012

Kisah Pengembala Kibas


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang termasyhur kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, iaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita:

"Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serderhana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!"

"Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut."

"Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset."

"Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah! "

"Keesokan harinya, ke semua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud! "

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud : "Janganlah engkau semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa." (An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur,sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah LuQman)

Percayalah, sesungguhnya Allah menyayangimu..

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?
Jawab baginda, Di antara orang-orang  yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah,
tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)


Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. 
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya Allah menyayangimu

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi. 
Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu



Thursday 14 June 2012

Perkongsian: Ibroh dari Gaza


Beberapa Ibroh (pengajaran ) yang diperolehi daripada peserta Aqsa2Gaza......
1) Bilamana ukhti kita Shafira pelajar tahun akhir Qiraat mansoorah yg bersama ke Gaza berbual dgn seorang ibu muda yg sarat mengandung 7 bulan....ibu itu menyatakan anak pertama nya syahid....'aku harap anak yang dalam perut ini bila lahir juga aku harapkan ia syahid juga.......'
Aduhai Ikhwah akhawat.....apalagi yang ada dalam hati2 mereka kalau bukan Allah.....
anak2nya menjadi cagarannya untuk berjual beli dgn Allah.....
 subhanallah....bayangkan...bagaimanakah kita nak mentarbiah hati ini sehingga ke peringkat ini...kalau tidak dikelilingi biah yg soleh solehah....biah tarbiah yg berterusan..
Jadi....apa kah tugas terbesar kita....BAIKI HATI2 KITA .....AMAL2 kita...keluarga kita masyarakat kita...moga semuanya kerana DIA yg Maha Agung....
CUKUPLAH DUNIA YG SERING MELALAIKAN KITA......Bukan salah dunia tapi salah kita yg menguruskannya...
Kekalahan Ummah  ini kerana HUBBUD dunia...
..Kita tak mampu mengulangi kejayaan Islam selagi mana masjid2 kita masih kosong...amal kita tidak ikhlas nauzubillah moga Allah pelihara kita semua...

2) Kisah kedua di mana kami menziarahi rumah Perdana Menteri Ismail Haniyeh....
Dia memberi taujihat pada kami....antaranya dia menyebut...Ada seorang ukhti dari Saudi...dari negara mewah berpindah ke Gaza dan akhirnya berkahwin dgn seorg mujahidin yg kudung kedua2 kakinya...Ismail Haniyeh berkata apakah maknanya semua ini akhawat....
Inilah Roh Rabbaniyyah yg meresap di hati ukhti ini...berkahwin bukan kerana keindahan fizikal....atau harta..tapi mencintai...hati2 yang amat mengasihi Allah...
Orang yg sebahagian anggotanya telah mendahului masuk ke syurga...
Bayangkan andai gadis2 hartawan biasa adakah sanggup berkahwin dgn org yg kudung kedua2 kakinya.........
INI LAH HAKIKAT INSAN YANG RABBANIYYUN......Pandangan hatinya hanyalah ALLAH......
Maka saat itu teringatlah kisah Musa'b bin Umair yg kaya raya meninggalkan bondanya...Akhirnya....mati tak cukup kain kapan....
KITA bagaimana?

3) Kisah ikhwah yg di penjara ...
Bilamana isteri dtg menziarahi...isteri boleh bercakap melalui talipon di sediakan
 tapi suami tidak boleh menjawab apa yg isteri cakap...hanya boleh dengar sahaja
Mereka siksa perasaan ikhwah kita di dalam penjara....
TAPI YAKINLAH ALLAH lah Sebaik2 PEMBALAS

4) Dalam kisah yang lain akhawat tak pergi
Ustaz Haris bersama Dr Zin Dr Taher..dan Ustaz Lukman melawat Masjid Umari Masjid di mana bermulanya Intifhadhoh dulu...mereka bertemu seorang pemuda miskin yg terpaksa menyara tiga keluarga...ayahnya dah tua...keldai dah mati...
Biasanya dgn keldainya dia mencari rezki dgn menjual sayur2an di atas kereta sorong yg di tarik oleh keldai. Namun bila keldainya dah mati terhentilah ....dia sebentar...sedangkan dgn cara itulah dia mencari rezki...
Dengan izin Allah  bertemu dgn kumpulan ikhwah kita di masjid ini...
maka malam itu ikhwah berbincang dan terus sedekahkan padanya 400 USD untuk dia membeli semula keldainya
Namun apa yang menarik, rupa rupanya siang dia bekerja menyara keluarganya....pada malam harinya...dia menjadi anggota mujahidin mengawal GAZA seminggu sekali mereka rotate.....menjaga atau hirasah di sekitar sempadan Gaza...
Bila bila masa boleh SYAHID...
Bahkan memang mereka mencari SYAHID......
Di sini mereka tidak menilai luaran tapi nilaian TAQWA lah jadi pilihan dalam menjadi Briged Qassam ini...
Sudah pasti merka telah hafaz 30 juzuk al Quran....Subhanallah...
Indahnya nilaian mereka spt dalam surah hujurat....
Orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yg paling berTaqwa...

5) Teringat kisah UMMU MUHAMAD RANTISI...ketika mana suaminya syahid ramai orang berkumpul di hadapan rumahnya dan bertanyalah seseorang kepadanya...apakah perasaanmu wahai ummu Muhammad..
Dengan suara yang jelas dia menyatakan...."Aku amat berbahagia kerana sekarang suami ku di sambut oleh bidadari syurga...aku yakin beratus Rantisi akan lahir lagi selepas ini....."
Ya benar amat ramai kanak2 lelaki bernama Rantisi sekarang...
Begitu juga nama syeikh Ahmad Yaasin...amat mudah di temui.. SUBHANALLAH ALLAH GANTI begitu cepat  sekali...

6) Mereka amat menggalakkan anak2 mereka berkahwin seawal 18 tahun....kerana usia 17 tahun  lazimnya dah hafaz Quran...
Dan anak2 ini amat matang sekali....mungkin kerana di dada mereka telah terpancar NUR AL QURAN......
Usia begitu muda dan memang mereka mampu melaksanakan tugas mendidik generasi RABBANI......bukan bersendirian tapi dgn semua peringkat masyarakat...
Matlamat perkahwinan bukan seperti anak anak muda kita .....kdg2 tak jelas matlamatnya
Matlamat perkahwinan melahirkan jundullah...syuhada...dan menjadi pelapis....mujahidin yg sedia ada..
Mereka menyediakan rijal yg menyelamatkan agama AL QUDS  dan Palestine
Sucinya matlamat mereka
Dalam masa yg sama mereka terus menghabiskan pembelajaran mereka di universiti.... 
Nampak sangat ayat ALLAH....yang bermaksud" Jika kamu menolong agama ALLAH ...nescaya ALLAH akan menolong kamu...."







Wednesday 13 June 2012

Did Muhammad (peace be upon him) Multi-task? (focus!)

 
Whenever you hear of the Prophet’s (peace be upon him) life, you become amazed at his productivity. He (peace be upon him) was a Prophet, a Messenger, a teacher, a governor, a father, a husband, a friend and human. He (peace be upon him) had multiple roles in his life, and excelled at each one of them without exception. It made me wonder, did Prophet Muhammad (peace be upon him) uni-task or multi-task?
Most of us grew up in the age of multi-tasking, where you can’t call yourself productive if you weren’t a good multi-tasker. You’re expected to do 10 things at at a time, and that’s how you’re supposed to survive the 21st century. But does it make sense? After all multi-tasking is less efficient (due to the need to switch gears for each new task, and then switch back again), it’s complicated, prone to stress and errors, and it’s simply crazy!
Let’s look at the seerah and how the most productive busy person (peace be upon him) in history used to work:
Going through the Seerah and researching examples, we could not find a single evidence of Prophet Muhammad (peace be upon him) multi-tasking (we could be wrong, please correct us if you think of any examples). He always seemed to fully concentrate on the ‘project’ or person at hand and gave them his full attention. When he prayed he fully concentrated in his Salah, when he was with his family he was always present with them (both physically and mentally), when he was in the battle-field he was fully engaged. We never seen him distracted, or out of focus (peace be upon him).
In my interview with Sheikh Tawfique Chowdhury last Summer, he said something that really stuck with me: He said, have you ever heard of the Prophet’s wives complain that the Prophet didn’t spend enough time with them? Why is that? Because he used to spend quality time with them. Even though he was super busy and had multiple roles to play, but he focussed on each of his role individually, at the present moment, and didn’t get distracted.
He (peace be upon him) had priorities, knew what those were and was guided by Allah’s (Subhanahu Wa Ta’ala) blessing to fulfil those priorities to the best of his human ability, thus serving as an example to all of us.
You may argue that this was then, and now in the 21st century, it’s almost impossible to survive if you don’t multi-task. I beg to differ. Multi-tasking has resulted in nothing more than stress and poor quality work from all of us and never allowed us to live to our full potential. Instead the multi-tasking mode has become the cause of never being able to complete a single task! It’s time to move away from this crazy lifestyle and adopt a more natural way of living.
So what is uni-tasking and how can you develop a uni-tasking habit? Single-tasking is doing your work, one task at a time, each task done with full focus and dedication. The following 5 steps are taken from Leo Babatua’s book on Focus which I highly recommend for you to read:

1. Become conscious

When you start doing something, become more aware you’re starting that activity. As you do it, become aware of really doing it, and of the urge to switch to something else. Paying attention is the important first step.

2. Clear distractions

If you’re going to read, clear everything else away, so you have nothing but you and the book. If you’re going to do email, close every other program and all browser tabs except the email tab, and just do that. If you’re going to do a work task, have nothing else open, and turn off the phone. If you’re going to eat, put away the computer and other devices and shut off the television.

3. Choose wisely

Don’t just start doing something. Give it some thought — do you really want to turn on the TV? Do you really want to do email right now? Is this the most important work task you can be doing?

4. Really pour yourself into it

If you’re going to make dhikr, do it with complete focus, complete dedication. Put everything you have into that activity. If you’re going to have a conversation, really listen, really be present. If you’re going to make your bed, do it with complete attention and to the best of your abilities.

5. Practice

This isn’t something you’ll learn to do overnight. You can start right now, but you’re not likely to be good at it at first. Keep at it. Practice daily, throughout the day. Do nothing else, but practice.
I want us to think of the best example set by our final Prophet (peace be upon him), and ask yourself: Do you think you can do better than him (peace be upon him)?

Posted on Tuesday, November 30, 2010 in Islam & Productivity, Tips


Saturday 9 June 2012

..segalanya bermula dengan tarbiyah

Tarbiyah merupakan salah satu agenda dalam pertubuhan IKRAM Malaysia dalam usahanya untuk mencapai misi dan visi.

Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:
  1. proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir mutarabbi (anak didik) tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.
  2. kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).
  3. menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat Allah SWT.
  4. proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.
  5. mendidik mutarabbi melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
  6. kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
  7. Tarbiyah terdiri atas (1) Tarbiyah Khalqiyyat, yakni pembinaan dan pengembangan jasad, akal, jiwa, potensi, perasaan dengan berbagai petunjuk, dan (2) tarbiyah diiniyyat tahdzibiyyat, pembinaan jiwa dengan wahyu untuk kesempurnaan akal dan kesucian jiwa menurut pandangan Allah SWT. (wikipedia.org)

Pada dasarnya, IKRAM menggunakan modul/silibus yang disusun khas oleh pakar-pakar dalam bidang ini berdasarkan tahap-tahap kesesuaian dan kefahaman ahli. Dalam hal ini IKRAM menyediakan latihan-latihan khusus untuk murabbi (pendidik) dan mutarabbi (anak didik) yang disampaikan melalui usrah.

Selain usrah, terdapat juga pelbagai wasail tarbiyah (cara-cara) yang lain seperti :

I. Daurah atau Seminar : Mengupas tajuk-tajuk tertentu dan sebagai medan untuk melatih penyampaian modul dan bahan.Seminar-seminar umum diadakan bagi penyertaan umum manakala Daurah pula lebih menjurus kepada pengisian bahan untuk melengkapkan objektif tarbiyah.

II. Jaulah (Ziarah) : Ahli-ahli biasanya akan mengadakan aktiviti lawatan dan bercuti dalam kumpulan samada sesama ahli atau tidak bagi mengeratkan ukhuwwah.

III. Riadah (sukan) : Salah satu matlamat pembinaan individu ialah sihat tubuh badan. Ini dilakukan secara berkala dan juga sebagai aktiviti tahunan.

IV. Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa): Pertemuan berkala ini diadakan biasanya dengan tema-tema tertentu, mengandungi objektif tarbiyah dan aturcara seperti tazkirah, berbuka puasa dan bangun malam bersama2, bertujuan untuk mebersihkan rohani.

V. Mukhayyam (Perkhemahan) : Perkemahan diadakan secara berkala setiap tahun yang menggabungkan pengisian rohani dan jasmani.

VI. Katibah : Biasanya diadakan untuk ahli untuk melatih disiplin yang tinggi seperti menepati waktu, menyiapkan tugasan dan sebagainya.

Semua ini dilakukan untuk menghasilkan produk-produk yang 1- soleh (baik) dan musleh (memperbaik) dan 2- memenuhi 10 muwassofat tarbiyat (ciri-ciri individu muslim) iaitu:


I. Aqidah yang sejahtera : Iaitu menjalankan semua kewajiban sebagai seorang muslim dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkan Aqidah.

II. Ibadah yang benar : Beribadah dengan merujuk kepada kaedah dan sumber yang sahih serta tepat dan tidak menambah atau mengurangkan. Mencintai Al-Quran, solat puasa dan ibadah-ibadah lain.

III. Akhlak yang kukuh : Berakhlak dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam kerana tujuan Rasullullah diutuskan adalah untuk melengkapkan kemuliaan akhlak.

IV. Kuat dan Cergas Jasmani : Menjaga hak tubuh badan dan kesihatan serta sentiasa memperbaiki jasmani.

V. Intelektual dalam berfikir : Berilmu dan sering menggunakan akal fikiran dengan baik. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha meningkatkan intelektual melalui pembacaan dan perbincangan ilmiah. Mampu berhujah dan menerima pendapat orang lain.

VI. Berjihad Melawan hawa nafsu : Melatih diri untuk tidak tunduk kepada hawa nafsu yang juga menjadi tugas penting sebelum berdakwah kepada orang lain.

VII. Menjaga Waktu : Sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Al-Asr, setiap ahli hendaklah beusaha menjaga waktunya.

VIII. Tersusun dalam segala urusan : Dengan kerja2 dakwah yang banyak, dan tanggungjawab yang pelbagai (sebagai pelajar, ketua keluarga, anak ),ahli haruslah mempunyai kemampuan untuk menjaga dan menyusun kehidupan hariannya dengan baik.

IX. Mampu berdikari : Ahli digalakkan untuk berusaha sendiri baik dalam konteks menjalankan  tarbiyah dan dakwah dan juga dalam kehidupan seharian secara amnya. Seorang Muslim seharusnya tidak terlalu bergantung kepada orang lain .

X. Bermanfaat Kepada orang Lain : Sepertimana disarankan oleh Rasulullah SAW, muslim yang baik adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain. Setiap muslim seharusnya terlibat dan memainkan peranan dalam mengislahkan masyarakat, rakan-rakan dan keluarga dengan apa saja kemampuan dan khidmat yang mampu ditawarkan.

yang akan menjadi penilaian asas kepada perkembangan individu dalam kumpulan usrah.


'Tarbiyah bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah.'








Thursday 7 June 2012

Apa itu usrah?

Usrah. Satu perkataan yang tidak lagi ganjil di kalangan orang yang sudah terlibat dengan apa-apa persatuan atau gerakan Islam. Pernah suatu ketika dahulu ia merupakan satu perkataan yang menimbulkan bermacam-macam persoalan dan sesiapa yang mengikutinya dianggap sebagai orang-orang yang merancang sesuatu (baca: aktiviti underground). Mungkin juga sekarang, ada sesetengah tempat yang masih lagi mempunyai inersia yang sedemikian tetapi di kebanyakan tempat ia sudah menjadi satu perkataan yang lazim dan begitu sinonim dengan badan-badan Islamik.

Persoalannya, ada apa dengan usrah?
Buat mereka yang ada latar belakang Islamik, yang ibu bapa mereka giat di dalam aktiviti-aktiviti Islam maka mereka mungkin sudah mengetahui apakah usrah. Tetapi buat sebahagian besar dari yang lainnya itu, di tempat-tempat mereka mengenali wadah Islamlah tempat mereka mengenali apakah itu usrah. Itupun bernasib baik jika dipanggil sebagai usrah, adakalanya sesetengah tempat menggunakan nama-nama lain seperti Halaqah al-Qur’an (HAQ), Majlis Diskusi Pelajar (MDP) dan lain-lain lagi.
Bagi ramai, mereka memahami bahawa usrah itu adalah perjumpaan mingguan yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan iman di masa-masa yang lapang. Andaikata masa tersebut lapang, maka insya Allah dia akan menyertai. Tetapi jika ada hal lain, haa… “Saya fikir-fikir dulu ye bang?” biasa lah tu.
Tetapi…
Sebelum masuk kepada “ada apa dengan usrah?” mari kita lihat sirah usrah itu sendiri.
Pada peringkat awal permulaan da’wah Islamiyah, Rasulullah SAW yang telah bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.
Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da’wah yang dilakukan adalah da’wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.
Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur’an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn).
Dalam konteks tersebut, RasuluLlah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.
Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh RasuluLlah SAW: “Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)…” (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M.
Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus bernama usrah.
Usrah (baca: keluarga). Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga (baca: usrah) yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya (baca: naqib/ah) umpama seorang bapa. Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa untuk menjaga kebajikan ahlinya, seorang syeikh dalam memberi pengisian ruhiyah, seorang ustaz di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan seorang qiyadah di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.
Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk mendidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi “tegar”. Dan perkara ini hanya akan terhasil setelah menepati rukun-rukun usrah yang ada: 

(1) Ta’aruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah hingga sampai tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut
(2) tafahhum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya 
(3) takaful,tolong-menolong, lalu memenuhi seruan Rasul; “Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan”.

Akhirnya, usrah yang berkesan itu adalah usrah yang mendapat partisipasi dari hebat dari ahlinya di samping bimbingan dan panduan yang mantap dari naqibnya. Tanpa kedua-dua ini, tidak mungkin wujud usrah yang muntijah (efektif).







dicopy, edit dan paste dari http://muslimcircle.wordpress.com/2010/05/27/ada-apa-dengan-usrah/


Friday 1 June 2012

Mari berta'aruf

Daerah Seberang Perai Selatan terletak di selatan negeri Pulau Pinang. Bandar utama di dalam daerah ini adalah Nibong Tebal, Jawi, Sungai Bakap, Simpang Ampat, Juru dan lain-lain. Dan yang paling menarik, daerah ni bersempadan dengan 2 negeri lain iaitu Kedah dan Perak.  Asimilasi budaya pelbagai kaum dan agama di daerah ini juga sangat harmoni dan membentuk sosio-ekonomi yang unik dan menarik.

Kebanyakan ahli IKRAM SPS menetap di bandar Nibong Tebal dan kumpulan usrah di bawah seliaan IKRAM SPS juga telah menarik ahli-ahli dari bandar-bandar berhampiran seperti Parit Buntar, Bagan Serai,Perak, Kulim dan Bandar Baharu,Kedah. Selain usrah, ahli-ahli IKRAM SPS juga terlibat dengan aktiviti sukarela di Pusat Penjagaan Remaja Raudhatus Sakinah yang terletak di Relau, sempadan SPS dan Kedah.


Aktiviti Terkini

25 Okt 2013
Jalan-jalan buka minda
Usrah ikhwah shj
Dataran Queensbay
9 mlm

3 Nov 2013
Boling akhawat
Mega Lanes Bowling Centre
10 pg

Save Syria

Syria is calling!

Fikir dan zikir

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya."
Powered by Blogger.

Search