Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:
- proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir mutarabbi (anak didik) tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.
- kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).
- menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat Allah SWT.
- proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.
- mendidik mutarabbi melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
- kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
- Tarbiyah terdiri atas (1) Tarbiyah Khalqiyyat, yakni pembinaan dan pengembangan jasad, akal, jiwa, potensi, perasaan dengan berbagai petunjuk, dan (2) tarbiyah diiniyyat tahdzibiyyat, pembinaan jiwa dengan wahyu untuk kesempurnaan akal dan kesucian jiwa menurut pandangan Allah SWT. (wikipedia.org)
Pada dasarnya, IKRAM menggunakan modul/silibus yang disusun khas oleh pakar-pakar dalam bidang ini berdasarkan tahap-tahap kesesuaian dan kefahaman ahli. Dalam hal ini IKRAM menyediakan latihan-latihan khusus untuk murabbi (pendidik) dan mutarabbi (anak didik) yang disampaikan melalui usrah.
Selain usrah, terdapat juga pelbagai wasail tarbiyah (cara-cara) yang lain seperti :
I. Daurah atau Seminar : Mengupas tajuk-tajuk tertentu dan sebagai medan untuk melatih penyampaian modul dan bahan.Seminar-seminar umum diadakan bagi penyertaan umum manakala Daurah pula lebih menjurus kepada pengisian bahan untuk melengkapkan objektif tarbiyah.
II. Jaulah (Ziarah) : Ahli-ahli biasanya akan mengadakan aktiviti lawatan dan bercuti dalam kumpulan samada sesama ahli atau tidak bagi mengeratkan ukhuwwah.
III. Riadah (sukan) : Salah satu matlamat pembinaan individu ialah sihat tubuh badan. Ini dilakukan secara berkala dan juga sebagai aktiviti tahunan.
IV. Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa): Pertemuan berkala ini diadakan biasanya dengan tema-tema tertentu, mengandungi objektif tarbiyah dan aturcara seperti tazkirah, berbuka puasa dan bangun malam bersama2, bertujuan untuk mebersihkan rohani.
V. Mukhayyam (Perkhemahan) : Perkemahan diadakan secara berkala setiap tahun yang menggabungkan pengisian rohani dan jasmani.
VI. Katibah : Biasanya diadakan untuk ahli untuk melatih disiplin yang tinggi seperti menepati waktu, menyiapkan tugasan dan sebagainya.
Semua ini dilakukan untuk menghasilkan produk-produk yang 1- soleh (baik) dan musleh (memperbaik) dan 2- memenuhi 10 muwassofat tarbiyat (ciri-ciri individu muslim) iaitu:
I. Aqidah yang sejahtera : Iaitu menjalankan semua kewajiban sebagai seorang muslim dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkan Aqidah.
II. Ibadah yang benar : Beribadah dengan merujuk kepada kaedah dan sumber yang sahih serta tepat dan tidak menambah atau mengurangkan. Mencintai Al-Quran, solat puasa dan ibadah-ibadah lain.
III. Akhlak yang kukuh : Berakhlak dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam kerana tujuan Rasullullah diutuskan adalah untuk melengkapkan kemuliaan akhlak.
IV. Kuat dan Cergas Jasmani : Menjaga hak tubuh badan dan kesihatan serta sentiasa memperbaiki jasmani.
V. Intelektual dalam berfikir : Berilmu dan sering menggunakan akal fikiran dengan baik. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha meningkatkan intelektual melalui pembacaan dan perbincangan ilmiah. Mampu berhujah dan menerima pendapat orang lain.
VI. Berjihad Melawan hawa nafsu : Melatih diri untuk tidak tunduk kepada hawa nafsu yang juga menjadi tugas penting sebelum berdakwah kepada orang lain.
VII. Menjaga Waktu : Sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Al-Asr, setiap ahli hendaklah beusaha menjaga waktunya.
VIII. Tersusun dalam segala urusan : Dengan kerja2 dakwah yang banyak, dan tanggungjawab yang pelbagai (sebagai pelajar, ketua keluarga, anak ),ahli haruslah mempunyai kemampuan untuk menjaga dan menyusun kehidupan hariannya dengan baik.
IX. Mampu berdikari : Ahli digalakkan untuk berusaha sendiri baik dalam konteks menjalankan tarbiyah dan dakwah dan juga dalam kehidupan seharian secara amnya. Seorang Muslim seharusnya tidak terlalu bergantung kepada orang lain .
X. Bermanfaat Kepada orang Lain : Sepertimana disarankan oleh Rasulullah SAW, muslim yang baik adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain. Setiap muslim seharusnya terlibat dan memainkan peranan dalam mengislahkan masyarakat, rakan-rakan dan keluarga dengan apa saja kemampuan dan khidmat yang mampu ditawarkan.
yang akan menjadi penilaian asas kepada perkembangan individu dalam kumpulan usrah.
'Tarbiyah bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah.'
1 comments:
^_^
Post a Comment