Featured Article

Wednesday 27 February 2013

Promo: Daurah Syahadatul Haq


Wednesday 13 February 2013

LAPORAN HALAQAH AULAD KALI PERTAMA


Tempat : Surau Raudhatul Ilmi, Taman Ilmu, Nibong Tebal
Tarikh : 27 Januari 2013 (Ahad)
Masa : 9.30 – 10.30 pagi
Kehadiran : 10 orang

Halaqah Aulad kali pertama untuk 2013 telah diadakan di Surau Raudhatul Ilmi, Taman Ilmu, Nibong Tebal pada 27 Januari 2013. Halaqah kali pertama ini dihadiri seramai 10 orang kanak-kanak yang berumur di antara 7-10 tahun, lelaki dan perempuan. Halaqah diketuai oleh Pn Siti Harwani. Halaqah dimulakan dengan bacaan doa penerang hati oleh adik Mohamad Aliff Alimin (10 tahun). Aktiviti pertama yang dilakukan adalah sesi perkenalan. Setiap orang harus memberitahu nama penuh,nama panggilan dan satu sifat yang baik. Ahli-ahli dalam halaqah dikehendaki menghafal sifat-sifat tersebut supaya tidak sama antara satu sama lain.

Sesi kedua dimulakan dengan pengenalan kepada wuduk. Ketua halaqah menerangkan tentang kepentingan wuduk, kenapa perlu berwuduk sebelum bersolat. Beberapa soalan juga diajukan seperti niat wuduk, anggota-anggota wuduk dan niat solat. Selepas itu ahli halaqah diminta untuk menyapu bedak pada salah satu anggota wuduk. Ahli lelaki menyapu bedak pada bahagian muka, manakala perempuan pula menyapu bedak pada bahagian kaki. Bedak disapu tebal dan rata supaya menyeliputi setiap bahagian anggota wuduk. Cermin digunakan untuk melihat samada bedak sudah disapu secara menyeluruh atau tidak. Kemudian ahli halaqah diminta untuk membasuh anggota badan yang disapu bedak seperti mana mereka mengambil wuduk. Kemudian melalui cermin, ahli halaqah diminta untuk lihat samada kesan bedak hilang keseluruhan atau masih ada kesan tinggalan. Jika masih ada bermakna wuduk tidak diambil dengan sempurna. Sebelum halaqah berakhir, satu soalan diajukan dan sesiapa yang dapat menjawabnya akan mendapat hadiah misteri. Soalan tersebut adalah apakah doa selepas berwuduk, dan adik Ain Nabila berjaya membaca doa tersebut sehingga habis.

Halaqah diakhiri dengan surah al-Asri dan makan pagi. AJK Surau Raudhatul Ilmi berterima kasih kerana dapat membantu untuk melaksanakan aktiviti aulad di surau mereka dan berharap agar program sebegini diteruskan dari masa ke semasa.





 

 

Aktiviti Terkini

25 Okt 2013
Jalan-jalan buka minda
Usrah ikhwah shj
Dataran Queensbay
9 mlm

3 Nov 2013
Boling akhawat
Mega Lanes Bowling Centre
10 pg

Save Syria

Syria is calling!

Fikir dan zikir

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya."
Powered by Blogger.

Search