Tempat : Surau
Raudhatul Ilmi, Taman Ilmu, Nibong Tebal
Tarikh : 27 Januari
2013 (Ahad)
Masa : 9.30 –
10.30 pagi
Kehadiran : 10 orang
Halaqah Aulad kali
pertama untuk 2013 telah diadakan di Surau Raudhatul Ilmi, Taman
Ilmu, Nibong Tebal pada 27 Januari 2013. Halaqah kali pertama ini
dihadiri seramai 10 orang kanak-kanak yang berumur di antara 7-10
tahun, lelaki dan perempuan. Halaqah diketuai oleh Pn Siti Harwani.
Halaqah dimulakan dengan bacaan doa penerang hati oleh adik Mohamad
Aliff Alimin (10 tahun). Aktiviti pertama yang dilakukan adalah sesi
perkenalan. Setiap orang harus memberitahu nama penuh,nama panggilan
dan satu sifat yang baik. Ahli-ahli dalam halaqah dikehendaki
menghafal sifat-sifat tersebut supaya tidak sama antara satu sama
lain.
Sesi kedua dimulakan
dengan pengenalan kepada wuduk. Ketua halaqah menerangkan tentang
kepentingan wuduk, kenapa perlu berwuduk sebelum bersolat. Beberapa
soalan juga diajukan seperti niat wuduk, anggota-anggota wuduk dan
niat solat. Selepas itu ahli halaqah diminta untuk menyapu bedak pada
salah satu anggota wuduk. Ahli lelaki menyapu bedak pada bahagian
muka, manakala perempuan pula menyapu bedak pada bahagian kaki. Bedak
disapu tebal dan rata supaya menyeliputi setiap bahagian anggota
wuduk. Cermin digunakan untuk melihat samada bedak sudah disapu
secara menyeluruh atau tidak. Kemudian ahli halaqah diminta untuk
membasuh anggota badan yang disapu bedak seperti mana mereka
mengambil wuduk. Kemudian melalui cermin, ahli halaqah diminta untuk
lihat samada kesan bedak hilang keseluruhan atau masih ada kesan
tinggalan. Jika masih ada bermakna wuduk tidak diambil dengan
sempurna. Sebelum halaqah berakhir, satu soalan diajukan dan sesiapa
yang dapat menjawabnya akan mendapat hadiah misteri. Soalan tersebut
adalah apakah doa selepas berwuduk, dan adik Ain Nabila berjaya
membaca doa tersebut sehingga habis.
Halaqah diakhiri dengan
surah al-Asri dan makan pagi. AJK Surau Raudhatul Ilmi berterima
kasih kerana dapat membantu untuk melaksanakan aktiviti aulad di
surau mereka dan berharap agar program sebegini diteruskan dari masa
ke semasa.
0 comments:
Post a Comment