Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,
yang
meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya
selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang
lain
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh
Dakwah
bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik
motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju....
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
Tarbiyah
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang
perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu
information
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak
berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot
Dakwah bukanlah
untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan
itu, Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak
mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Wednesday, 11 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
peringatan yg sgt penting buat ana. terima kasih:)
Post a Comment