Daerah Seberang Perai Selatan terletak di selatan negeri Pulau Pinang. Bandar utama di dalam daerah ini adalah Nibong Tebal, Jawi, Sungai Bakap, Simpang Ampat, Juru dan lain-lain. Dan yang paling menarik, daerah ni bersempadan dengan 2 negeri lain iaitu Kedah dan Perak. Asimilasi budaya pelbagai kaum dan agama di daerah ini juga sangat harmoni dan membentuk sosio-ekonomi yang unik dan menarik.
Kebanyakan ahli IKRAM SPS menetap di bandar Nibong Tebal dan kumpulan usrah di bawah seliaan IKRAM SPS juga telah menarik ahli-ahli dari bandar-bandar berhampiran seperti Parit Buntar, Bagan Serai,Perak, Kulim dan Bandar Baharu,Kedah. Selain usrah, ahli-ahli IKRAM SPS juga terlibat dengan aktiviti sukarela di Pusat Penjagaan Remaja Raudhatus Sakinah yang terletak di Relau, sempadan SPS dan Kedah.
Friday, 1 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment